Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN BULAN AL-QURAN


Saya menyeru kepada semua umat islam hari ini supaya kita ringankan tangan untuk membuka Kitab ALLAH ya’ni Al-Quran didalam Bulan yang penuh keberkatan ini, sama-sama kita mentadabbur Firman ALLAH Ta’ala:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185)

(surah Al-Baqarah: 185)

Yang bermaksud:

“Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil), kerana itu, barangsiapa yang berada di bulan itu maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa) maka (wajib menggantikannya) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, ALLAH mengkehendaki kemudahan bagimu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan ALLAH atas petunjuk-NYA yang diberikan kepadamu agar kamu bersyukur”1

Didalam ayat diatas telah jelas menunjukkan bulan Ramadan bulan diturunkan Al-Quran, di dalam tafsir Ibn Katsir manyatakan bahawa ALLAH memulikan bulan ini dan menurunkan pada bulan ini kitab-kitab kepada para Nabi, dengan membawa hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad(sila rujuk) yang membuktikan bahawasanya Kitab selain Al-Quran seperti Zabur, Taurat dan Injil termasuk suhuf(الصحف)juga diturunkan dalam bulan Ramadan, dan semua itu diturunkan dalam sekaligus dalam jumlah yang satu, manakala Al-Quran diturunkan sekaligus pada bulan Ramadan ke Baitul ‘Izzah di langit dunia pada malam lailatul qadar 2, seperti yang tertera dalam firman ALLAH:

{ إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ } [القدر: 1].

Yang bermaksud;

“sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailtul qadar”

وقال: { إِنَّا أَنزلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ } [الدخان: 3]

Yang bermaksud;

“sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati”

dan kemudiannya diturunkan kepada Rasulullah secara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat.

Kemudian kita lihat pula hadis bahawasanya Rasulullah bertadarus Al-Quran bersama Malaikat Jibril a.s:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ;

كَانَ يَعْرِضُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ كُلَّ عَامٍ مَرَّةً فَعَرَضَ عَلَيْهِ مَرَّتَيْنِ فِي الْعَامِ الَّذِي قُبِضَ فِيه

“Adalah telah memeriksa Jibril a.s akan Al-Quran Nabi s.a.w sekali setiap tahun, dan memeriksanya dua kali pada tahun kewafatan Baginda.”

(diriwayatkan oleh imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah)

Dan didalam bab bada’ al-wahyu dengan lafaz:

وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

“adalah malaikat jibri enemui Nabi s.aw pada setiap malam dalam bulan Ramadan dan mengajarnya Al-Quran”

(diriwayatkan oleh imam al-Bukhari daripada Ibn ‘Abbas)

Sebagaimana yang kita maklum begitu banyak faedah membaca Al-Quran, antaranya Firman ALLAH yang bermaksud:

“KAMI turunkan al-Quran untuk menjelaskan setiap perkara, menjadi petunjuk, membawa rahmat dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang islam”

(surah an-Nahl:89)

Saya bawakan hadis yang bermaksud:

“ sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah, baginya satu hasanah(kebaikan). Satu kebaikan itu menyamai sepuluh kali ganda. Aku tidak pernah mengatakan alif lam mim itu satu huruf. Tetepi alif itu satu huruf dan lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf”

(hadis shahih riwayat al-Tirmizi, al-Darimi dan selainnya daripada Ibn Mas’ud r.a)

Sabda Rsulullah s.a.w yang bermaksud:

“perumpamaan orang mu’min yang membaca al-Quran seolah-olah seperti buah Utrujah. Baunya wangi dan rasanya juga sedap. Perumpamaan orang mu’min yang tidak membaca al-Quran seolah-olah seperti kurma. Tidak berbau tapi rasanya manis. Perumpamaan orang munafiq membaca al-Quran seperti Raihanah, baunya wangi tetapi rasany pahit, manakala perumpamaan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran pula seperti Hanzolah. Tidak berbau dan rasanya pahit”

(hadis riwayat al-Bukhari,Muslim,al-Tirmizi, al-Nasaai dan Abu Daud daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a)

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Kamu semua hendaklah membaca al-Quran kerana pada hari kiamat kelak ia akan memberi syafaat kepada pembaca dan pengamalnya”

(hadis riwayat Muslim daripada Abu Umamah al-Bahili r.a)

Dan banyak lagi keberuntungan sesiapa yang membaca dan mengamalkan isi kandungan al-Quran.

Suka untuk saya membawa contoh mereka yang berusaha membaca, manghayati isinya dan mengkhatamkannya antaranya:

- Qatadah mengkhatamkan al-Quran setiap minggu. Pada bulan Ramadan, dia mengkhatamkan al-Quran sebanyak tiga kali. Apabila tiba sepuluh hari terakhir Ramadan, dia akan mengkhatamkannya pada tiap-tiap malam.3.

- Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran setiap malam pada bulan Ramadan. 4

- Menurut al-Rabi’ bin Sulaiman, Imam Syafi’e mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali pada bulan Ramadan.5.

------------------------------------

1-Al-Quran Darul Iman- Pustaka Darul Iman

2- Tafsir Ibn Katsir juz 1 ms 501

3- Al-Siir, jil 5, ms 276

4- Al-Tibyaan karya al-Nawawi, ms.74 dengan sanad shahih

5- al-Siir, jil.10, ms. 36

No comments:

Post a Comment